Monday, 12 September 2011

http://youtu.be/yxzoplqtmHk

AKTIVITI UBK

2.  KEM KEPIMPINAN PENGAWAS, PRS DAN PPS SMK SERI GADING TAHUN 2011 DI KEM KAIZEN, PEKAN NANAS, PONTIAN, JOHOR.



Pada 11—13 Mac 2011 lalu, Seramai 80 orang pemimpin telah menjalani kursus kepimpinan di Kem Kaizen, Pekan Nenas, Pontian, Johor.  Kursus ini adalah anjuran daripada unit bimbingan dan kaunseling dengan kerjasama dengan Kelab Fasilitator Kem Kaizen.
                 Peserta  yang mengikuti kursus selama 3 hari 2 malam adalah terdiri daripada Pengawas, Ahli PRS serta AJK Kelab Bimbingan dan Kaunseling  SMK Seri Gading.

            Sepanjang kursus dijalankan, pelbagai aktiviti  dijalankan.  Aktiviti  yang menguji ketahanan fizikal adalah antara aktiviti paling mencabar yang perlu dijalani oleh para peserta dalam membentuk  fizikal yang baik  bagi melengkapkan diri peserta menjadi seorang pemimpin yang sejati serta sihat mental dan  fizikal..

AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2011

                                     1.  LAWATAN KE UPSI, TANJUNG MALIM, PERAK
          Pada 8 hingga 10 April 2011, seramai 40 orang pelajar terdiri daripada ahli PRS dan ahli Kelab Bimbingan & Kaunseling  dan 3 orang kaunselor telah membuat lawatan sambil belajar ke Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak.   Rombongan kami telah disambut oleh Kelab Fasilitator Kolej Aminuddin Baki iaitu terdiri daripada 15 orang fasilitator yang mengendalikan program pada hari tersebut.  Pelbagai pengalaman menarik telah diperolehi sepanjang lawatan selama 3 hari 2 malam.   Kami warga SMK Seri Gading ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak Universiti yang telah memberi kejasama yang amat baik sepanjang kami di sana. Jasa kalian sentiasa kami kenanng.

Pengalaman Manis di UPSI
· Bermalam di Kolej Kediaman Aminudin Baki.
· Kunjungan di Perpustakaan UPSI.
· Lawatan Ke Dewan Kuliah.
· Melihat persekitaran UPSI.
· Motivasi bersama penceramah jemputan.

PERMOHONAN KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL/ SM TEKNIK / SM VOKASIONAL AMBILAN 2012

Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Sekolah Menengah Vokasional (SMV)/ Kolej Vokasional 2012

Aliran

Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menawarkan 3 aliran dan 1 kolej;
  • Aliran Teknikal
  • Aliran Vokasional
  • Aliran Kemahiran
  • Kolej Vokasional

Syarat Umum

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah:
    • Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011.
    • Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2011.
  • Kesihatan diri pemohon:
    • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
    • Bebas dari penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
  • Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.

Syarat Khusus

  • Aliran Teknikal – Minimum B semua 8 mata pelajaran dalam peperiksaan PMR
  • Aliran Vokasional – Pencapaian sederhana dalam peperiksaan percubaan PMR
  • Aliran Kemahiran – Pencapaian rendah dalam peperiksaan percubaan PMR
  • Kolej Vokasional – Pencapaian baik dalam peperiksaan percubaan PMR

Permohonan

Secara manual dengan datang sendiri ke SMT atau SMV yang berdekatan. Borang permohonan boleh dimuat turun di Borang Permohonan Kemasukan Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Menengah Vokasional
  • Setiap permohonan hanya dibenarkan membuat pilihan satu sekolah/kolej dan dua kursus sahaja.
  • Kemudahan asrama disediakan di hampir semua SMT dan SMV. Walaupun begitu kemudahan asrama tertakluk kepada had yang ditetapkan bagi setiap sekolah.

Temuduga

  • Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di SMT/SMV yang berkenaan.
  • Pemohon diminta hadir temuduga dengan berpakaian lengkap sekolah. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan  percubaan PMR 2011 yang telah disahkan oleh pihak sekolah pemohon dan sijil-sijil berkaitan.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional 2012 adalah pada 19 Disember 2011.

Rayuan Kemasukan

Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan terus melalui online atau terus ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Vokasional (SMV) atau Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang berkenaan.

Maklumat

PERMOHONAN KEMASUKAN SBP( SEKOLAH BERASRAMA PENUH) TAHUN 2012

PERHATIAN KEPADA PELAJAR TINGKATAN 3 TAHUN 2011

Segala permohonan secara online boleh dilakukan mulai 2 September -15 Oktober.  Namun begitu, Pihak pengurusan sekolah berharap kepada para pelajar yang berminat untuk membuat permohonan ke SBP perlu berbuat demikian dengan awal agar proses penghantaran borang akan dapat dilakukan dengan cepat.  Oleh itu, UBK menasihatkan kepada para pelajar tingkatan 3 tahun 2011 yang berminat perlu menghantar segala borang ke bilik UBK selewat-lewatnya sebelum atau pada 30 September 2011. 

Sekian harap maklum kepada semua pelajar.

Senarai kaunselor SMK Seri Gading, BP